NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Twitter melantik firma guaman untuk menyaman Elon Musk


Twitter kini dilaporkan telah melantik firma guaman khas dalam menyaman Elon Musk. Langkah ini diambil oleh Twitter lanjutan daripada Elon Musk memfailkan untuk membatalkan pengambil-alihan Twitter.

Elon Musk sebelum ini telah menawarkan $44 bilion untuk membeli Twitter, tetapi akhirnya membatalkan ia pada penghujung minggu lepas, mengatakan angka pengguna palsu atau bot pada platform berkenaan adalah lebih tinggi daripada yang dikongsikan.

Sejak pengambil-alihan berlaku, sejumlah perkara telah dinyatakan oleh Elon Musk secara terbuka, termasuk perancangan mengubahnya, disamping memberikan impak kepada harga saham semasa Twitter. Disamping itu, mengikut perjanjian sebelum ini, ia telah dikatakan Elon Musk perlu membayar $1 bilion sekiranya membatalkan pengambil-alihan Twitter.

Selain Twitter, Elon Musk juga dikatakan telah melantaik peguam tersendiri untuk mempertahankan langkah pembatalan berkenaan.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo