NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo jejak kaki semula ke Carrington

Ronaldo bersama ejennya hadir ke pangkalan latihan United di Carrington hari ini.

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo tiba di pangkalan latihan Manchester United buat pertama kali hari ini sejak meminta untuk meninggalkan kelab itu.

Penyerang berusia 37 tahun terbabit, dikaitkan dengan perpindahan ke Atletico Madrid dan Sporting Lisbon.

Dia diberi cuti tambahan pada musim panas atas 'urusan keluarga' tetapi kini dia kembali ke Carrington dengan ejennya, Jorge Mendes.

Pesawat Ronaldo mendarat di Manchester lewat petang semalam dan bersedia untuk rundingan penting bagi membincangkan masa depannya di United.

Pengurus Erik ten Hag terbabit dalam perbincangan itu bersama-sama legenda United Bryan Robson dan Sir Alex Ferguson, yang dipanggil untuk memujuk Ronaldo untuk kekal.

Tetapi bintang itu sudah bersedia untuk memberitahu kelab bahawa dia tidak akan menerima tawaran perjanjian baharu dan kekal dengan pendirian untuk berpindah.

Ronaldo terdesak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara dan bermakna dia tiada pilihan selain meninggalkan Old Trafford, hanya setahun selepas kepulangan sensasinya.

Dia masih mempunyai baki kontrak setahun dengan pilihan menyambungnya setahun lagi.

The Red Devils cuba meyakinkan bintang Portugal itu supaya kekal dan bersedia menerima perpindahan pinjaman untuk musim akan datang supaya dia boleh bermain dalam saingan kelab terbaik Eropah. - AGENSI






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo