NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Malaysia berpeluang saksi fenomena Super Full Moon esok

Fenomena itu terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena Super Full Moon atau kedudukan bulan paling hampir ke bumi pada jam 5.09 petang esok.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), menerusi portal rasmi, hari ini, memaklumkan fenomena itu terjadi berikutan kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi atau disebut sebagai perigee dengan jarak adalah 357,263 kilometer (km).

"Bulan beredar mengelilingi bumi dalam orbit dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549. Oleh itu, purata jarak bulan dari bumi (pusat ke pusat) adalah berbeza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (perigee) adalah 363,396 kilometer (km) dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504 km.

"Semasa Super Full Moon, bulan penuh boleh kelihatan sehingga tujuh peratus lebih besar daripada bulan penuh biasa, dan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada 'Micromoon'," katanya.
Fenomena Super Full Moon telah berlaku pada 14 Jun lalu dan imej berjaya dirakam sistem Teleskop Observatori Negara Langkawi.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo