NOTIS:

Belum ada lagi....

PRU15: PBM akan bertanding di kerusi yang telah disandang - Zuraida

0

Menurut Presiden pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin, pihaknya mempunyai beberapa sasaran namun enggan mendedahkannya buat masa ini. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) memberi fokus untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi Ahli Parlimen parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut Presiden pengganti PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin, pihaknya mempunyai beberapa sasaran namun buat masa ini enggan mendedahkannya.
"Insya-Allah kita akan bertanding dalam PRU15 sekurang-kurang di kerusi-kerusi incumbent. The rest are still confidential," katanya ketika diwawancara dalam program Agenda AWANI pada Isnin malam.
Mengulas penubuhan PBM, Zuraida menjelaskan parti itu ditubuhkan kerana ramai penyokong-penyokong bukan Melayu tidak dapat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Zuraida menjelaskan, beliau pernah menawarkan khidmat penyokong-penyokong berbagai kaum ini dalam parti sedia ada namun tidak diterima.
"Sebenarnya PBM ini adalah atas inisiatif untuk mengumpulkan akar umbi kita yang tidak ada tempat dalam Bersatu.
"Ia tidak mudah untuk diintegrasi. Pengikut yang ramai ini tidak ada peluang untuk menjalankan tugas sedangkan mereka mempunyai pengalaman dalam politik. Tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
"Kita tawarkan membentuk parti untuk added value kepada parti dalam kerajaan tetapi tidak dapat diterima.
"Jadi saya harus membuat pengumuman untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia kerana mereka adalah akar umbi yang bersama saya sejak dahulu lagi," katanya lagi.
Jun lalu, Zuraida mengumumkan beliau menyertai PBM sekali gus meninggalkan Bersatu yang disertainya selepas 'Langkah Sheraton'.
Sebelum menyertai Bersatu, Zuraida merupakan Ketua Wanita PKR dan memenangi kerusi Parlimen Ampang atas tiket PKR sejak 2008.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo