NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis tahan lelaki disyaki terlibat hasut keganasan terhadap PM Singapura

Menurut SPF, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keganasan di Singapura. - Gambar/ Bernama

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) menahan seorang lelaki berusia 45 tahun kerana disyaki terlibat dalam menghasut keganasan terhadap Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong menerusi komennya di media sosial.
Pada 8 Julai 2022 kira-kira 3.10 petang, SPF menerima laporan mengenai ancaman yang mencetuskan keganasan terhadap Perdana Menteri di bahagian komen halaman Facebook Channel NewsAsia yang menyiarkan berita mengenai insiden bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe ditembak.

"Melalui siasatan susulan, pegawai dari Bahagian Polis Pusat mengenal pasti identiti pengguna Facebook itu dan menahannya dalam tempoh lima jam selepas laporan dibuat. Sebuah komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit dirampas,” menurut SPF di laman sesawangnya.

SPF menyatakan 'siasatan sedang dijalankan'.
Mana-mana individu yang disabitkan dengan kesalahan membuat atau menyampaikan apa-apa hantaran elektronik yang menghasut kepada keganasan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
Menurut SPF, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keganasan di Singapura.
- Bernama





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo