NOTIS:

Belum ada lagi....

Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut

0

Menurut Mohd Reza dalam menangani pelbagai ancaman yang bakal muncul kesiagaan dan keupayaan ATM perlu berada di tahap yang tertinggi pada setiap masa. - Gambar/ Bernama

PUTRAJAYA: Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk pertahanan Malaysia perlu dikaji semula agar ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara.
Beliau berkata hanya dengan pembangunan aset pertahanan yang mampan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dapat bersaing dan meningkatkan keupayaan cegah rintang yang menjadi faktor kritikal dalam menjamin kedaulatan negara.
Mohd Reza berkata demikian semasa menjadi panel jemputan “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di sini, hari ini.
Menurut Mohd Reza dalam menangani pelbagai ancaman yang bakal muncul kesiagaan dan keupayaan ATM perlu berada di tahap yang tertinggi pada setiap masa.
Beliau berkata pembangunan kuasa ketenteraan yang mampan amat diperlukan walaupun akan mengambil masa yang lama di samping pelaburan yang signifikan.
"Oleh itu, perancangan perolehan yang ampuh perlu direalisasikan sepenuhnya mulai sekarang bagi membolehkan keupayaan cegah rintang ATM mampu memelihara kedaulatan negara," katanya.
Sementara itu, Mohd Reza berkata segala situasi yang mungkin memberi ancaman terhadap kedaulatan negara memerlukan tindakan "Whole Government, Whole of Society" (WoGoS).
"Konsep WoGoS ini penting bagi memantapkan lagi aspek pemeliharaan kedaulatan melalui pendekatan keselamatan menyeluruh seperti yang dinyatakan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025," katanya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo