NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertemuan PM dan Erdogan signifikan dalam menampan impak ketidaktentuan global

Herizal menjelaskan Malaysia dan Turkiye boleh menggunakan kepakaran yang ada pada kedua-dua negara untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi di seluruh dunia. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pertemuan empat mata antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan sangat singnifikan dalam menampan impak ketidaktentuan global yang membelenggu rakyat kedua negara.
Menurut Ketua Eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS Malaysia), Herizal Hazri, Malaysia dan Turkiye mampu menarik minat negara serantau kedua-dua negara untuk bergabung menangani cabaran dunia masa kini.
Herizal menjelaskan Malaysia dan Turkiye boleh menggunakan kepakaran yang ada pada kedua-dua negara untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan makanan yang sedang dihadapi di seluruh dunia.
"Apa yang lebih penting adalah untuk kedua-dua belah negara menarik kekuatan masing-masing dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi sekarang.
"Malaysia dan Turkiye boleh menggunakan teknologi dan kapasiti yang sudah ada untuk menyelesaikan masalah yang terpenting masa kini iaitu masalah kekurangan bekalan makanan.
"Teknologi dan pengetahuan yang ada boleh digunakan untuk Malaysia dan Turkiye bergabung bagi memperbaiki renjatan rantaian bekalan makanan, untuk menyelesaikan masalah harga makanan, untuk menyelesaikan masalah produk-produk makanan yang tidak sampai ke pembeli-pembeli di dunia," katanya kepada Astro AWANI.
Perdana Menteri mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan pada Khamis dalam rangka lawatan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye.
Ismail Sabri diiringi oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamad Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo