NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International

Dalam pada itu Najib berkata, beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan baharunya itu, yang akan membawa perspektif baharu dalam pembelaan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co sebagai peguamcara dan Kaunsel (peguam), Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama serta Liew Teck Huat dan Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama, mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, penukaran itu dibuat selepas Queen’s Counsel (peguam kanan dari United Kingdom), Jonathan Laidlow tidak diterima untuk mewakili beliau, selain mendapatkan nasihat dari barisan peguamnya di Singapura dan Peguam Bela Kanan India.
“Pelantikan ini berkuatkuasa semalam (25 Julai, 2022),” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Media awal hari ini melaporkan Hisyam akan mengetuai pembelaan dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan, yang akan bermula 15 Ogos depan.
Firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) memaklumkan selain Hisham, Liew Teck Huat serta Rueben Mathiaravanam sebagai peguam bersama.
Menerusi satu surat dialamatkan kepada Pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan firma tersebut turut menyatakan bahawa barisan peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak lagi mewakili Najib dalam kes rayuan akhir tersebut.
Dalam pada itu Najib berkata, beliau mempunyai keyakinan penuh terhadap pasukan baharunya itu, yang akan membawa perspektif baharu dalam pembelaan.
Katanya lagi, Muhammad Shafee akan terus menjadi peguam beliau dalam kes-kes selain SRC International.
Menurut kenyataan itu lagi, Najib berkata, adalah tidak adil untuk media melaporkan bahawa Muhammad Shafee telah dipecat atau digugurkan dari mewakili beliau.
Tambah Najib lagi, beliah mempunyai keyakinan penuh bahawa sistem perundangan Malaysia akan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah, selain menyediakan keadilan, seperti kesemua rakyat Malaysia berhak untuk mendapatnya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo