NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

McDonald's naikkan harga burger buat kali pertama dalam 14 tahun

McDonald's mengendalikan lebih 36,000 restoran di lebih 100 negara - Foto Reuters

LONDON: McDonald's akan menaikkan harga burger keju sebanyak 20 peratus di Britain, kenaikan harga pertama bagi item popular itu dalam tempoh 14 tahun ketika ia berdepan dengan lonjakan inflasi.

Harga burger keju kini akan dinaikkan kepada 1.19 pound (RM6.40) daripada 99 pence (RM5.30).

McDonald's juga akan menaikkan harga sebanyak 10 hingga 20 pence bagi item lain yang terkesan oleh kenaikan kos, kata ketua rantaian makanan segera itu di United Kingdom (UK).

"Kami sedang berdepan tempoh yang amat mencabar," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) McDonald's UK & Ireland, Alistair Macrow. 

"Sama seperti anda, syarikat kami, francais kami yang memiliki dan mengendalikan restoran serta pembekal semuanya merasai impak kenaikan inflasi."

Kenaikan itu, yang akan menjadikan harga burger keju melebihi paras psikologi satu pound, berlaku ketika inflasi harga pengguna Britain berada pada paras tertinggi dalam tempoh kira-kira 40 tahun dan diunjurkan melebihi 11 peratus pada Oktober ini.

Macrow berkata, kenaikan itu ditangguhkan selama yang mungkin dan syarikat masih komited untuk mengekalkan harga mampu milik.

Rantaian makanan segera berpangkalan di Chicago itu, yang mengendalikan lebih 36,000 restoran di lebih 100 negara, turut menaikkan harga di Amerika Syarikat (AS) sebanyak enam peratus tahun lalu, sejejar dengan kenaikan yang berlaku di kebanyakan syarikat tertumpu pelanggan lain, yang berdepan inflasi lebih tinggi di tengah-tengah permintaan kukuh pasca pandemik serta gangguan rantaian bekalan.

The British Retail Consortium semalam berkata, kedai dan pasar raya telah menaikkan harga sebanyak 4.4 peratus bulan ini, kenaikan tertinggi sejak rekodnya diambil pada 2005.

Disokong sebahagiannya oleh harga lebih tinggi, McDonald's Corp melaporkan keuntungan lebih tinggi daripada jangkaan meskipun perbelanjaan meningkat.

Ia juga sedang mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak menu item yang diberikan diskaun apabila inflasi tinggi, terutama di Eropah, menyebabkan pengguna mengurangkan pembelian kombinasi hidangan besar.

-Reuters






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo