NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua kampung di Mukim Kupang dinaiki air

Anggota BBP Baling melakukan pemantauan di kawasan rumah penduduk di sekitar Kampung Iboi yang dinaiki air susulan kejadian kepala air kedua hari ini. - Foto ihsan Bomba

BALING: Kampung Iboi dan Kampung Badang dalam Mukim Kupang dinaiki air setinggi 0.5 meter berikutan hujan lebat sejak jam 2 petang tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata pihaknya menerima laporan banjir kilat di kawasan terbabit pada jam 5.30 petang dan 17 anggota serta pegawai APM dikerah ke lokasi bagi memantau serta memberi bantuan kepada penduduk.

"Hujan lebat tanpa henti menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk.

"Setakat ini, dua kampung dilaporkan dinaiki air. Bagaimanapun jumlah keluarga yang terbabit masih dalam bancian," katanya dalam satu kenyataan.

Rasidah berkata, jika hujan masih berterusan dan paras air sungai meningkat, laluan jambatan Bailey yang dibina di Kampung Iboi akan ditutup untuk keselamatan penduduk.

Katanya, penduduk yang berhampiran laluan sungai dan kawasan rendah juga akan diminta meninggalkan rumah jika keadaan bertambah buruk demi keselamatan mereka.

Beliau berkata, setakat ini, tidak ada pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dibuka.


Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo