NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes rogol: Kertas siasatan penceramah bebas dirujuk Timbalan Pendakwa Raya esok

Azmi berkata,setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Gambar/ Bernama

PUTRAJAYA: Kertas siasatan terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok, untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata,setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Ada sedikit lagi kenyataan yang perlu kita kumpul tetapi saya percaya esok kita boleh rujuk kertas siasatan ini ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya," katanya kepada pemberita selepas menutup Latihan Dalam Perkhidmatan Pengenalan dan Pengendalian Bot Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Penceramah yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 18 Julai lepas itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selama empat hari bermula Ahad lalu.
Kes itu diserahkan kepada Polis Kuala Lumpur pada 23 Julai lepas untuk siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di Kuala Lumpur.
Media sebelum ini melaporkan terdapat empat laporan polis berhubung kes berkenaan iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo