NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat

Setakat ini sebanyak 114,796 sokongan telah diberikan dalam petisyen itu bagi membela nasib remaja sindrom down yang didera bernama Bella. - Gambar Astro AWANI.

KUALA LUMPUR : Satu lagi memorandum yang meminta Syed Azmi Alhabshi melepaskan jawatannya sebagai pembela nasib kanak-kanak telah diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) pada Khamis.
Memorandum atau petisyen telah diserahkan oleh pensyarah dan aktivis kanak-kanak, Muhamad Firdaus Ibnil Hajar bagi menggesa Syed Azmi dipecat dari jawatannya sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
Setakat ini sebanyak 114,796 sokongan telah diberikan dalam petisyen itu bagi membela nasib remaja sindrom down yang didera bernama Bella.
"Saya mengharapkan agar barisan baharu SUHAKAM kali ini lebih bertaring dan berani dalam memperjuangkan nasib kanak-kanak yang didera seperti adik Bella dan Alia.
"Saya juga ingin memohon agak pihak SUHAKAM menyokong sepenuhnya memorandum pemecatan Syed Azmi sebagai ahli YKN dan sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar tiada lagi isu kanak-kanak yang disalah gunakan di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang dikongsi bersama Astro AWANI.
Penyerahan memorandum yang diketuai oleh Firdaus turut disertai aktivis Mona Din, Mahmud Jumaat, Megat Syazlee Mokhtarum serta Peguam Pemerhati Tunku Mahkota Johor (TMJ), Datuk Khairul dalam kunjungan ke ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mereka berharap pihak SUHAKAM turut sama berjuang membela nasib kanak-kanak yang ditindas.
"Antara isu-isu yang disuarakan untuk perhatian pihak Suhakam adalah isu pemantauan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekang aktiviti mengeksploitasi bayi dan kanak-kanak di dalam rumah penjagaan dengan menjadikan mereka sebagai aset dan komoditi bagi meminta sumbangan awam. Sebagai contoh Rumah Bonda.
"Isu kewarganegaraan kanak kanak di dalam rumah perlindungan dan jagaan seperti rumah anak yatim dan rumah kanak-kanak (RKK) yg 'stateless' kerana pihak pengurusan gagal mendaftarkan kewarganegaraan mereka.
"Isu mengekang masalah moral dengan memberikan hak pendidikan bagi kesemua kanak-kanak termasuk mereka yang tidak mempunyai hak kerakyatan namun menetap di Malaysia.
"Serta isu yang mana komentari dan kritikan awam terhadap pesuruh jaya kanak-kanak (OCC) Suhakam yang tidak agresif di balas dengan antagonistik dan tuduhan bahawa komentari bersifat fitnah," jelasnya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, memorandum berasingan turut diserahkan kepada Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Perkara itu dilakukan bagi menggesa tindakan segera diambil terhadap rumah kebajikan berkenaan akibat pengabaian dan penganiayaan Bella terutamanya oleh penjaga, Siti Bainun Ahd Razali.
Turut hadir pada sesi penyerahan adalah Pengerusi SUHAKAM, Datuk Rahmat Mohamad serta anggotanya, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim serta Nazira Abdul Rahim.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo