NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar

Menurut bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin menerusi satu kenyataan sebentar tadi, Abdul Khalid masih menerima rawatan di sebuah hospital. - Facebook @Abdul Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR: Berita mengenai pemergian bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tersebar di media sosial adalah tidak benar.
Menurut bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin menerusi satu kenyataan sebentar tadi, Abdul Khalid masih menerima rawatan di sebuah hospital.
“Tan Sri Khalid bin Ibrahim masih menerima rawatan di Hospital. Justeru, berita yang tersibar deras awal malam ini bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah tidak benar.
“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar.
“Marilah sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan urusan buat Tan Sri Khalid,” jelas kenyataan itu.
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara pada 23 Julai lepas.
Abdul Khalid pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.
Selain pernah menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, di antara tahun 2008, 2013 dan 2018.
Beliau dipecat sebagai MB Selangor oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum jawatan itu digantikan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum menyandang jawatan menteri besar, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari 1995 hingga 2003.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo