NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu sekuriti makanan antara tumpuan pertemuan Ismail Sabri, Erdogan

Pertemuan yang berlangsung di Istana Presiden itu turut membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua negara, serta isu-isu melibatkan perdagangan, ekonomi dan pendidikan. - Foto ihsan PMO

ANKARA: Isu sekuriti makanan dan konflik di Ukraine antara yang menjadi tumpuan utama dalam pertemuan empat mata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di sini hari ini.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Presiden itu turut membincangkan usaha mengukuhkan hubungan Malaysia dan Turkiye, serta isu-isu melibatkan perdagangan, ekonomi dan pendidikan.
"Isu sekuriti makanan kian meruncing akibat pandemık COVID-19. Malah, kini ia menjadi semakin kritikal ekoran konflik di Ukraine.
"Dalam konteks ini, Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.
"Malaysia dan Tukiye akan menıngkatkan perdagangan produk makanan, dan akan terus menjalınkan kerjasama yang meliputi perkongsian maklumat serta pengalaman," kata Ismail Sabri melalui satu kenyataan pada Khamis.
Pada masa yang sama, Malaysia dan Turkiye akan memperkasakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor makanan, bagı menıngkatkan keupayaan menghasilkan sumber makanan dan kelangsungan sekuriti makanan untuk berada pada tahap yang stabıl.
Turut menjadi topik perbincangan ialah potensi untuk Turkiye meningkatkan import minyak sawit Malaysia, memandangkan negara itu merupakan hab pembuatan produk berasaskan sawit untuk pasaran benua Eropah dan Asia Tengah.
"Saya dıiahamkan Turkiye sedang mempergiatkan penggunaan biodiesel sebagaı bahan bakar dalam sektor pengangkutan. Malaysıa telah memulakan pengeluaran biodiesel berasaskan mınyak sawıt. Ini selaras dengan matlamat Malaysıa dalam menghasılkan sumber tenaga mesra alam," tambahnya lagi.
Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.
Terdahulu, Ismail Sabri diberikan sambutan rasmi di Kompleks Presiden di sini.
Sejurus tiba di kompleks itu, lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku' dan lagu kebangsaan Turkiye dimainkan, sebelum Perdana Menteri diiringi Erdogan memeriksa barisan kawalan kehormat.
Beliau dalam rangka lawatan kerja empat hari di Turkiye, dan dijangka berlepas pulang pada Jumaat.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo