NOTIS:

Belum ada lagi....

IP ganti AP import ayam bulat sejuk beku

0


AYER KEROH: Kerajaan memberi kelulusan khas kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi mengimport ayam bulat sejuk beku.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata kebenaran sama turut diberikan kepada beberapa koperasi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi memastikan bekalan ayam di negara ini mencukupi untuk jangka panjang.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan supaya tiada lagi penggunaan Approved Permit (AP) bagi tujuan mengimport bahan mentah itu, sebaliknya hanya memerlukan Import Permit (IP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

"Di pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan mengawal di semua pintu sempadan bagi memastikan semua bekalan ayam yang diimport memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri perasmian Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.

Perasmian disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Yang turut hadir, EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abd Razak Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beberapa negara pengeluar sudah dikenal pasti bagi tujuan mengimport ayam bulat sejuk beku berkenaan seperti Thailand, China, Belanda dan Brazil yang disahkan mempunyai loji yang dilesen dan disahkan oleh kerajaan Malaysia.

"Semua loji pemprosesan ayam itu juga perlu mematuhi syarat yang dikeluarkan MAFI, Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan untuk membenarkan beberapa syarikat yang dilantik oleh MAFI mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan atau 5.5 juta ekor ayam sebulan bagi menangani kekurangan bekalan.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo