NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belalai air muncul di Melaka

Dalam perkongsian video tular di laman sosial, fenomena belalai air dapat dilihat dengan jelas dari Pantai Siring, Melaka hari ini. - Gambar @UMonline

KUALA LUMPUR: Penduduk yang mendiami kawasan Pantai Siring, Melaka gempar setelah melihat kemunculan fenomena belalai air siang tadi.
Dalam salah satu video yang tular di laman sosial jelas menunjukkan fenomena alam itu berlaku di kawasan pantai, dipercayai melalui Pulau Besar.
Video berdurasi 1.09 minit itu dipercayai dimuat naik penduduk dan peniaga yang berada di kawasan sekitar.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan fenomena berkenaan.
Ini bukan pertama kali kejadian seumpama pernah berlaku.
Malah, terdahulu pada Mei, fenomena sama pernah berlaku di Pengerang, Kota Tinggi serta Lawas, Sarawak.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo