NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Baling: SPRM siasat projek musang king

Setakat ini tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung kaitan ladang durian berkenaan dengan kejadian banjir di Baling. - Gambar/ Bernama

SHAH ALAM : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sekiranya terdapat unsur rasuah dalam projek tanaman durian musang king di Gunung Inas di Baling, Kedah selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, setakat ini tiada mana-mana individu atau pihak yang tampil membuat laporan rasmi kepada SPRM.
"Pihak kami sendiri ada membuat tinjauan dan siasatan awal untuk mengenal pasti kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM.
"Sekiranya ada kesalahan dikesan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa lain, SPRM akan serahkan untuk tindakan pihak berkuasa berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, SPRM juga akan bertemu dengan beberapa pihak lain bagi tujuan pengesahan.
Shaharom Nizam turut menggesa individu atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah berkaitan isu terbabit untuk tampil bagi tindakan lanjut SPRM.
Banjir lumpur kira-kira jam 4 petang, Isnin lalu mengakibatkan tiga nyawa terkorban, manakala beratus-ratus penduduk terpaksa dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dengan lebih 80 rumah terjejas.
Pada 6 Julai, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak mempunyai kepentingan terhadap projek tanaman durian musang king di Gunung Inas, yang didakwa antara penyebab bencana Isnin lalu
Sebaliknya, tegas beliau, arahan supaya menghentikan penanaman durian itu dikeluarkan pada Julai 2020, iaitu selepas dua bulan beliau menjadi Menteri Besar yang turut melibatkan arahan kerja penanaman tanaman tutup bumi.
Artikel asal di Sinar Harian.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo