NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zuraida akan jumpa PM dalam masa terdekat

Zuraida berkata beliau akan membuat satu sidang akhbar minggu depan selepas isu kedudukannya dalam Kabinet selesai. - Gambar/ Bernama

SEPANG: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukannya dalam Kabinet.
Zuraida berkata beliau akan membuat satu sidang akhbar minggu depan selepas isu kedudukannya dalam Kabinet selesai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sekembalinya dari Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Kepulangan beliau disambut oleh kira-kira 100 penyokongnya.
Zuraida berada di Turki bagi memenuhi undangan menghadiri Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin.
Sebelum itu, beliau memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu Malaysia bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) di Athens, Greece.
Pada 26 Mei, media melaporkan Zuraida mengumumkan keputusan beliau untuk meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Beliau juga dilaporkan terus menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan akan berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri.
PBM, yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Julau Larry Sng Wei Shien dan didaftarkan sebagai badan politik rasmi pada 27 Okt 2021, antara lain adalah parti dijenamakan semula daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP).
Ismail Sabri, ketika di Tokyo, Jepun pada 28 Mei lepas, berkata Zuraida masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa selagi beliau tidak membuat keputusan.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo