NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kos vaksinasi COVID-19 di fasiliti swasta merangkumi harga vaksin, caj lain

Dr Noor Azmi berkata kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm berkuat kuasa 15 Jan lepas. - Gambar/ Bernama

PUTRAJAYA: Kos perkhidmatan vaksinasi COVID-19 di fasiliti swasta merangkumi harga vaksin serta beberapa caj yang ditetapkan sendiri oleh pengamal perubatan dan hospital terbabit, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata ia termasuk fi konsultasi dalam Jadual Ketujuh di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), caj perkhidmatan serta caj barangan pakai buang yang digunakan ketika mengendalikan suntikan vaksin COVID-19.
Katanya harga siling vaksin COVID-19 yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) sebelum ini, dan pengamal perubatan swasta perlu mematuhinya, adalah tidak termasuk kos pengendalian perkhidmatan vaksinasi.
Dr Noor Azmi berkata kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit dan borong maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm berkuat kuasa 15 Jan lepas.
Harga runcit maksimum bagi CoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dengan nombor pendaftaran MAL21036010ARZ dan MAL21046125ACSZ adalah RM77 manakala harga borong ditetapkan pada RM62 per dos.
Bagi vaksin COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dengan nombor pendaftaran MAL21076098AZ pula, harga runcit maksimum adalah RM77 manakala harga borong ialah RM62 per dos.
"Oleh itu, kos akhir yang perlu dibayar oleh pengguna adalah merangkumi kos vaksin COVID-19 iaitu harga runcit maksimum yang ditetapkan, fi konsultasi dan kos pengendalian perkhidmatan vaksinasi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap laporan bertajuk 'Govt not controlling process of COVID-19 vaccines at private hospitals.'
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo