NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Zahid boleh cakap macam-macam, mana bukti dia' - Tun M

Menurut Dr Mahathir, Zahid hanya sentiasa 'membuka' bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya namun tiada sebarang bukti didedahkan. - Foto fail/BERNAMA

LANGKAWI: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya membubarkan parti UMNO.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, Ahmad Zahid hanya sentiasa 'membuka' bermacam-macam cerita termasuk berkait dengan dirinya namun tiada sebarang bukti didedahkan.
"Apa bukti dia, yang (mengatakan) saya kata macam itu (memintanya untuk membubarkan UMNO), dia boleh cerita macam-macam, (tetapi) benda kita (yang) bercakap (itu perlu) ditunjuk bukti (mengapa) kita bercakap macam itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pertemuan bersama pengusaha-pengusaha feri Langkawi di sebuah hotel di Kuah, Langkawi pada Rabu.
Pada Selasa, Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Perdana Menteri Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana parti itu tiada masa depan dan tidak boleh dipercayai.
Menurutnya, semasa pertemuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Jun 2018 itu, Dr Mahathir juga memintanya memaklumkan kepada semua ahli UMNO supaya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas nama Melayu.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo