NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TUJUH SEKOLAH AGAMA CATAT PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2021


KOTA KINABALU: Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) Sabah bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 mencatatkan sebanyak 5.35.

Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding GPN yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, iaitu 5.34. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Pengarah Pendidikan Negeri, Tan Nia Jaman berkata, daripada 34,438 orang calon dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu, sejumlah 89.76 peratus memperoleh peratus lulus dan layak mendapat sijil.

Beliau berkata, bilangan calon lulus semua mata pelajaran sekurang-kurangnya Gred E dalam mata pelajar diambil adalah 16,689 orang calon iaitu 48.46 peratus pada tahun 2021.

“Seramai 253 orang calon berjaya dengan cemerlang dan memperoleh Gred A (A+, A dan A-),” katanya semasa sidang media hari ini.

Katanya, sebanyak 13 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mencatatkan Gred Purata Daerah (GPD) yang melepasi pencapaian GPN.

Daripada 74 mata pelajaran yang diambil pada SPM 2021, sebanyak 36 mata pelajaran mencapai 100 peratus lulus manakala, daripada tujuh mata pelajaran teras, tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi kualiti.

Tiga mata pelajaran itu ialah Pendidikan Moral dengan 4.08, Bahasa Melayu dengan 4.35 dan Pendidikan Islam dengan 5.30.

Sementara itu, pelajar cemerlang SPM yang mencatatkan keputusan cemerlang 12 A ialah Ahmad Nabil Abidin daripada SMK Agama Kota Kinabalu dengan memperoleh 9A+, 2A dan 1A-.

Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhammad Afnan Afif Dharmawi yang memperoleh 9+, 2A; dan Rezki Rismayana Galam yang memperoleh 8A+,2A dan 1B, kedua-duanya dari SM Islamiah Tawau.

Untuk 10 sekolah terbaik pula ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sabah; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu; SMK Agama Mohamad Ali Ranau; SMK Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu; SMK Sains Lahad Datu, SMK ST Michael, Penampang; SMK Islamiah Tawau, SMK Agama Tun Juhar Sandakan, SMK Agama Tun Datu Mustapha, Papar; dan SMK Agama Kimanis, Papar.

Dari segi sekolah luar bandar yang mencatatkan lonjakan terbaik pula, lima sekolah yang menunjukkan prestasi yang baik adalah SMK Agama Tun Datu Mustapha, Papar; SMK ST James Tenghilan, Tuaran; SMK Wakuba, Tawau; SMK Gum Gum Sandakan dan SMK Taun Gusi, Kota Belud.


Sumber | Borneotoday






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo