NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tubuh jawatankuasa khas tangani penipuan dalam talian

OH TONG KEONG

GEORGETOWN: Kerajaan dicadangkan menubuhkan satu jawatankuasa khasuntuk membanteras penipuan dalam talian bagi mengelakkan rakyat dan pelabur hilang keyakinan terhadap keselamatan sistem kewangan negara.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, kerajaan, Bank Negara Malaysia (BNM), polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan agensi lain yang berkaitan perlu mengambil serius terhadap isu penipuan dalam talian yang semakin meningkat pada masa ini. 

“Rakyat menyimpan duit di bank kerana mereka yakin dengan sistem keselamatan bank. 

“Namun, kes penipuan dalam talian yang berlaku kebelakangan ini bukan disebabkan mangsa kehilangan kad bank atau mendedahkan maklumat OTP mereka kepada pihak ketiga, tetapi duit simpanan mangsa hilang begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, selain duit di akaun simpanan semasa, rakyat turut kehilangan wang mereka di akaun simpanan tetap. 

Katanya, walaupun ramai mangsa telah membuat laporan polis, tetapi tiada maklum balas yang lanjut untuk isu itu.

“Bukankah ini satu insiden yang menakutkan dan menunjukkan terdapat kelemahan dalam sistem keselamatan bank negara? Mengapa boleh berlakunya transaksi kewangan tanpa perkongsian maklumat OTP? Adakah ini disebabkan kecuaian pihak bank?” katanya.

Tambahnya, pihak polis perlu menjalankan siasatan dengan segera setelah menerima aduan atau laporan daripada mangsa.

“Polis boleh bekerjasama dengan BNM setelah menerima aduan daripada mangsa dan membekukan akaun yang telah menerima duit dari mangsa dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Tong Keong juga  menggesa BNM untuk mengarahkan semua bank mengukuhkan kembali sistem keselamatan mereka bagi mengelakkan jenayah dalam talian daripada berterusan. 

“Sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat dan pelabur terhadap keselamatan sistem kewangan negara kita,” katanya. – UTUSAN






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo