NOTIS:

Belum ada lagi....

TMJ masih pemilik JDT

0


JOHOR BAHRU:
Pengarah Teknikal Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards mengesahkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih kekal selaku pemilik kelab berkenaan walaupun membuat pengumuman mengundur diri, petang tadi.

Menerusi hantaran di laman rasmi Johor Southern Tigers, bekas pemain Johor era 90-an itu berkata Tunku Ismail masih memegang majoriti saham kelab berkenaan.

Katanya, Tunku Ismail akan melepaskan tugas baginda berkaitan hal-hal bola sepak dan teknikal kepada pengurusan tertinggi JDT seperti yang diumumkan, namun akan terus memantau perkara-perkara berkaitan infrastruktur, komersil dan kewangan kelab.

"Apa yang dimaksudkan ini adalah baginda tidak akan lagi terlibat secara menyeluruh dalam aspek seperti perpindahan pemain, perbincangan pasukan, perkara harian berkaitan pasukan, aktiviti-aktiviti pasukan, perbincangan kontrak dan sebagainya.

"Sebelum ini ia menjadi rutin baginda bagi memastikan kelab JDT sentiasa berada di tahap yang memuaskan. Perkara terbaharu itu bakal menyaksikan baginda tidak akan lagi kerap berada di Pusat Latihan JDT atau Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan dan sesi latihan," katanya dalam kenyataan itu.

Petang tadi, Tunku Ismail mengumumkan untuk mengundur diri daripada pembabitan kelab JDT selepas perlu memberi tumpuan terhadap tanggungjawab dan komitmen yang harus dilaksanakan dan menyerahkan segala urusan kelab kepada pengurusan JDT.

Sejak pembabitan Tunku Ismail mentransformasi kelab berkenaan, pasukan yang bergelar Harimau Selatan muncul juara Liga Super lapan musim berturut-turut dengan musim 2014 menjadi kebangkitan kelab dari selatan tanahair. Malah muncul buat pertama kali juara Piala AFC pada musim 2015.

Alistair menambah Tunku Ismail telah terlibat secara aktif dalam urusan harian pengurusan JDT sepenuhnya sejak penubuhan kelab pada 2013 termasuk memberikan sentuhan peribadi kepada pemain, jurulatih dan pegawai kelab.

"Kami memahami bahawa baginda perlu fokus kepada komitmen lain seperti hal-hal berkaitan negeri Johor dan pengurusan JDT terharu kerana telah diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab kelab ini," tambah Alistair.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo