NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB – Bekas KSN


KUALA LUMPUR –
Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata beliau tidak mengetahui sebarang permasalahan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohd Sidek berkata, walaupun menerima elaun bulanan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB sebanyak RM30,000 beliau tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tempoh menjawat jawatan itu.

Beliau beranggapan pelantikannya dalam 1MDB hanya untuk menambah pendapatan sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Datuk Seri Najib pernah bertanyakan mengenai gaji yang diterima saya sebagai KSN dan merasakan gaji itu agak kecil.

“Selepas lantikan daripada 1MDB, tidak ada wakil pengurusan 1MDB atau Lembaga Pengarah hadir untuk memberikan taklimat atau berjumpa dengan saya,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib berdepan dengan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Tambah beliau, selepas bersara daripada perkhidmatan awam, perkhidmatannya di 1MDB diteruskan dan dibayar fi bulanan berjumlah RM10,000 bermula Januari 2013 hingga 2015.

Menurut saksi ke-19 perbicaraan penyelewengan 1MDB itu, beliau tahu 1MDB adalah sebuah syarikat milik Kerajaan Persekutuan yang diambil alih daripada Terengganu Investment Authority Berhad (TIAB) selain mengetahui ia menerbitkan bon berjumlah RM5 bilion untuk melaksanakan pelaburan jangka panjang,

Namun beliau tidak diberitahu secara terperinci pengurusan 1MDB mengenai operasi syarikat, ujarnya.

“Untuk makluman, saya juga tidak pernah minta Datuk Seri Najib atau pihak berkaitan tentang apa-apa. Selepas saya bersara juga, saya tidak bertanya apa-apa tentang perkhidmatan saya dalam Lembaga Pengarah.

“Sebaliknya khidmat saya diteruskan dan saya tidak tahu mengapa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sidek memberitahu mahkamah bahawa beliau difahamkan 1MDB ditubuhkan untuk menjadikannya sebagai dana politik kepada parti kerajaan ketika itu.

Mohd Sidek berkata, belliau kemudian menerima surat pembubaran Lembaga Penasihat melalui satu surat iringan yang dihantar oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Arul Kanda Kandasamy pada 3 Jun 2016 dan ditandatangani oleh Najib bertarikh 31 Mei 2016. – MalaysiaGazette







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo