NOTIS:

Belum ada lagi....

Pemilihan PKR: Nama Daing digugurkan, cabang Ampang bakal adakan pengundian semula

0

Nama Daing Muhammad Reduan Bachok sebagai calon ketua cabang Ampang digugurkan serta merta dalam pemilihan akan datang, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan pada hari ini. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pemilihan Panel Aduan PKR mengambil keputusan untuk mengadakan semula pengundian bagi cabang Ampang sekali gus mengugurkan nama Daing Muhammad Reduan Bachok sebagai calon ketua cabang itu di dalam pemilihan semula akan datang.
Menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Dr Zaliha Mustafa, pengundian akan diadakan pada 29 Jun depan di Dewan Dato' Ahmad Razali, Kampung Baru Ampang bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 8 malam.
"Keputusan ini adalah muktamad menurut peraturan pemilihan dan tatacara pemilihan parti pindaan 21 Februari 2022, perkara 9.3," katanya.
Keputusan itu diambil setelah meneliti kes salah laku pengundian di cabang Ampang pada 21 Mei yang lalu.
Terdahulu, pada 29 Mei, Daing Muhammad menewaskan Datuk Hans Isaac dan Altimet dalam persaingan merebut jawatan ketua cabang.
Beliau menerima jumlah undian tertinggi dengan 942 undi, manakala Hans Isaac dengan 609 undi dan Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Abdul Rahman mendapat 589 undi.
Tiga lagi pesaing, Abdul Halim Mohamed Yusof (272), Sam Hoo Wai (138), Abdullah Md Zain (110) dan Abdul Latif Shaari meraih 17 undi.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo