NOTIS:

Belum ada lagi....

MOSTI kenal pasti 46 penyelesaian teknologi tangani isu sekuriti makanan

0

Sebanyak 46 penyelesaian teknologi telah dikenal pasti tersedia untuk membantu dalam menangani isu sekuriti makanan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Sebanyak 46 penyelesaian teknologi telah dikenal pasti tersedia untuk membantu dalam menangani isu sekuriti makanan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan senarai inventori teknologi di bawahnya yang boleh digunakan segera bagi tujuan itu; dan kepakaran lebih 800 saintis Akademi Sains Malaysia juga boleh dimanfaatkan dalam mengenal pasti serta memadankan kaedah penyelesaian terbaik berlandaskan teknologi.
"Bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman, antara teknologi yang boleh diguna pakai adalah kemudahan penyinaran gamma bagi penjanaan varieti baharu tanaman termasuk penambahbaikan tanaman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya penggunaan baja yang berasaskan teknologi nano (nanofertiliser) pula membolehkan pelepasan nutrien secara terkawal seterusnya mengurangkan penggunaan baja dan meningkatkan produktiviti serta hasil pertanian khususnya bekalan makanan.
"Menerusi bilik gerakan ini, jaringan bekalan dalam ekosistem akan dihubungkan antara pemain utama seperti pengusaha, pihak industri dan ahli akademik bagi membantu menangani isu-isu semasa negara dengan segera," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Zainal Abidin Abu Hassan berkata bilik gerakan itu juga telah mengenal pasti penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), bioteknologi serta teknologi nano untuk menyelesaikan isu sekuriti makanan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Katanya MOSTI akan mengadakan sesi libat urus bersama persatuan penternak, peladang dan petani serta syarikat teknologi bagi mengumpulkan input untuk membantu menangani isu sekuriti makanan.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo