NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Maya Nature Foundation, HUiTM meterai MoU pulihara alam sekitar

Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan Maya sendiri dan Pengarah HUiTM, Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim serta disaksikan Pengerusi Lembaga Pelawat HUiTM, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Maya Nature Foundation, yayasan diasaskan selebriti popular, Maya Karin dan Hospital UiTM Puncak Alam (HUiTM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha untuk terus memulihara alam sekitar.
Memorandum itu juga bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk menyokong semua inisiatif yang berkaitan dengan pemuliharaan alam semula jadi.
Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan Maya sendiri dan Pengarah HUiTM, Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim serta disaksikan Pengerusi Lembaga Pelawat HUiTM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Maya Nature Foundation telah diasaskan pada tahun 2006 dan asas penubuhan yayasan itu adalah untuk pemuliharaan alam semula jadi.
Selain itu, ia juga bertujuan memberi inspirasi bagi menggerakkan kerja penjagaan alam sekitar, berkhidmat kepada penderma dan menyokong komuniti.
Sehingga kini, antara projek yayasan itu termasuk Program Konservatif Harimau Malaya, Projek Sungai Kehidupan dan Inisiatif Kitar Semula (3R).
Dalam pada itu, Irmohizam berharap usaha itu akan dapat meningkatkan kesedaran terhadap cinta kepada alam sekitar.
"Saya berharap kerjasama antara Maya Nature Foundation dan HUiTM Puncak Alam akan dapat mendidik generasi muda, terutamanya dengan sokongan jabatan yang terlibat, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Pemulihan HUiTM," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo