NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki 57 tahun ditahan rogol anak sejak usia 12 tahun

Mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah tampil membuat laporan polis pada jam 11.09 pagi Ahad. - Gambar hiasan

TUMPAT: Polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun kerana dipercayai merogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun sejak tiga tahun lalu di Wakaf Baru di sini, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah, terdahulu mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, tampil membuat laporan polis pada jam 11.09 pagi Ahad.
"Mangsa yang berusia 15 tahun mendakwa didatangi bapanya pada tengah hari 9 Jun lepas.
"Semasa mangsa berada di dalam biliknya, tiba-tiba bapanya telah memaksa mangsa melakukan hubungan seks," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mangsa memberitahu telah dirogol suspek sejak berusia 12 tahun.
Amran menjelaskan, mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk menjalani pemeriksaan dan didapati terdapat kesan koyakan lama pada selaput daranya.
Mengulas lanjut, Amran berkata suspek yang tidak bekerja mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.
Suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 15 Jun bagi membantu siasatan.
"Suspek juga akan ditangkap semula bersangkut kes sumbang mahram selepas reman tamat pada Rabu," katanya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo