NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kertas kerja naik elaun pelajar tajaan Mara di UK akan dibentang kepada PM

Mahdzir berkata pihaknya mendengar keluhan daripada pelajar tajaan yang berhadapan kenaikan kos sara hidup di UK. - Gambar fail

KUALA NERANG: Kertas kerja kajian untuk menaikkan kadar elaun sara hidup pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di United Kingdom (UK) akan dibentangkan kepada kerajaan tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya mendengar keluhan daripada pelajar tajaan yang berhadapan kenaikan kos sara hidup di negara terbabit.
"Saya telah berjumpa dengan pelajar-pelajar tajaan Mara yang rata-ratanya mohon supaya kalau boleh elaun harian mereka itu ditambah sikit kerana kos sara hidup di UK sudah meningkat terutama melibatkan utiliti bekalan elektrik, air dan gas.
"Selain itu, kos pengangkutan awam dan sewa rumah juga meningkat. Jadi insya-Allah saya akan siapkan kertas untuk diangkat kepada kementerian berkaitan dan juga Perdana Menteri dalam masa yang terdekat," katanya.
Mahdzir berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Ahmad, dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas hasil lawatan kerja ke UK minggu lalu di mana menerusi kenyataan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Mahdzir memaklumkan memorandum berkaitan peningkatan kos sara hidup pelajar tajaan Mara di UK akan diteliti.
Mahdzir menerima memorandum yang disediakan oleh Kelab UMNO UK dan Ireland itu daripada pengerusinya Muhammad Iman Irfan Yahya di London ketika membuat lawatan kerja tujuh hari ke UK bermula Jumaat lalu.
Memorandum itu disediakan menerusi satu kajian khas yang dilaksanakan oleh Kelab UMNO UK dan Ireland membabitkan seramai 400 pelajar tajaan Mara dan juga agensi lain sebagai responden.
Dalam lawatan berkenaan, Mahdzir turut memaklumkan bahawa pihaknya menerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bersedia menjalin kerjasama dengan badan pelesenan antarabangsa berpangkalan di UK iaitu Institute of Railway Signal Engineers (IRSE) berkaitan sistem kawalan isyarat pengangkutan rel.
Katanya, kolaborasi itu dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama pihak IRSE ketika berada di UK.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo