NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Idris Jusoh mohon maaf, perubahan elaun tak beri peningkatan kepada Pengerusi Felda

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf berikutan kekeliruan yang berlaku terhadap FGV Holdings Bhd melibatkan semakan semula elaun - Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Idris Jusoh memohon maaf berikutan kekeliruan yang berlaku terhadap FGV Holdings Bhd melibatkan semakan semula elaun.
Jelas beliau, kenaikan elaun sebanyak RM15,000 sebulan itu hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.
Ujar beliau, dalam erti kata lain, perubahan elaun itu tidak memberi sebarang peningkatan dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi Felda.
"Ada juga yang salah faham mengatakan ini adalah merupakan kenaikan elaun Pengerusi Felda. Ini juga berlaku kerana kurang pengamatan sesetengah daripada kita," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Idris berkata, peningkatan fi pengarah telah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) semalam dengan peningkatan sebanyak 21 peratus.
"Sebenarnya kenaikan RM15,000 sebulan kepada Pengerusi adalah hanya perubahan elaun kenderaan kepada bentuk fi.
"Dahulunya pengerusi sudah dapat elaun kenderaan sebanyak RM15,000. Elaun ini telah ditukar menjadi fi kepada Pengerusi.
"Dengan ini fi Pengerusi FGV telah meningkat sebanyak RM15,000 x 12 = RM180,000 setahun. Dengan erti kata yang lain, tidak ada kenaikan sebenarnya dalam bentuk kewangan kepada Pengerusi FGV," tambahnya.
Kata Idris lagi, elaun Pengerusi FGV sebanyak RM40,000 sebulan pun adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pengerusi-pengerusi Syarikat Senaraian Awam yang lain, terutamanya syarikat yang bermodal pasaran besar.
Idris menambah FGV juga tidak mengubah elaun pengarah mereka sejak penyenaraian FGV, 10 tahun lalu.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo