NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Esok! Himpunan NGO Islam Di Kedutaan India


KUALA LUMPUR, 09 Jun 2022
– Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), UMMAH dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menjemput semua NGO dan orang awam untuk sama-sama menyertai “Serahan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan India yang akan diadakan pada hari esok (Jumaat), 10 Jun 2022.

Serahan ini akan dilakukan selepas solat Jumaat bertempat di Kedutaan India di Malaysia, Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Selain itu, satu himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan pada hari esok, juga selepas solat Jumaat bertempat di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang,  Taman Setapak Indah Jaya, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini kerajaan India membangkitkan kemarahan dunia terutama Muslim selepas seorang pemimpin parti Bharatiya Janata Party (BJP) Nupur Sharma mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Penghinaan tersebut dikeluarkan sewaktu dia mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo