NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik

Dzulkifli berkata beliau akan meneruskan kerja-kerja kebajikan di sekitar Parlimen Tasek Gelugor yang merupakan kampung halamannya. - Gambar fail

TASEK GELUGOR: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.
"Saya sendiri akan maklumkan kalau sudah menyertai mana-mana parti politik, perkara tersebut akan dimaklumkan bila tiba masanya.
"Saya tidak akan sembunyi hal ini dan tak perlu kita nak berselindung," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan 1,500 kilogram ikan cencaru secara percuma kepada orang ramai di Pokok Sena di sini hari ini.
Dzulkifli juga berkata beliau akan meneruskan kerja-kerja kebajikan di sekitar Parlimen Tasek Gelugor yang merupakan kampung halamannya.
Beliau berkata ia bagi meringankan beban masyarakat di kawasan itu ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Sekiranya saya tidak menyertai parti politik sekali pun, program kebajikan yang dibuat akan diteruskan mengikut kemampuan kami demi membantu rakyat dan penduduk kampung," katanya.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan skuad sukarelawan Pejabat Tan Sri Dzulkifli yang terdiri daripada golongan belia berumur lingkungan 18 hingga 40 tahun bagi membantu masyarakat di Tasek Gelugor dari pelbagai aspek termasuk tenaga kerja.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo