NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri hadiah memalukan bukan akhlak Islam, adab masyarakat Timur


KUALA LUMPUR: Tindakan memberi hadiah yang tidak senonoh dan memalukan kepada pengantin seperti yang tular baru-baru ini, bukan akhlak yang diterap dalam Islam dan adab resam masyarakat Timur.

Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS, Datuk Siti Ashah Ghazali, berkata masyarakat, khususnya orang muda seharusnya menjaga maruah diri dan mengelak daripada memberi hadiah yang boleh memalukan orang lain.

Katanya, antara adab dalam memberi hadiah adalah memberi sesuatu yang menyenangkan hati, bermanfaat dan mengeratkan silaturahim di antara pemberi dan penerima.

"Selain memalukan dengan menyebarkannya untuk tatapan umum, sikap ini bukanlah sebahagian daripada akhlak lslam dan adab resam masyarakat Timur.

"Sukalah saya menasihatkan anak muda untuk tidak melakukan sikap ambil mudah dan jika bergurau sekali pun, ia perlu mengambil kira akhlak seorang muslim, maruah dan tatasusila masyarakat Timur.

"Jika sikap seperti ini berterusan dilakukan, akan hilanglah hikmah dalam memberi dan menerima hadiah. Ia akan jauh daripada memupuk kasih sayang, malah boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan.

"Sama-samalah kita memberikan peringatan dan nasihat kepada generasi muda agar tidak memalukan orang lain dan sentiasa menjaga maruah diri. Ingatlah bahawa malu itu separuh daripada iman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, tular satu video berdurasi dua minit 15 saat di TikTok yang menunjukkan rakan pengantin memberikan hadiah tidak senonoh kepada pengantin dalam satu majlis perkahwinan.

Menerusi video itu, rakan pengantin secara bergilir-gilir memberikan hadiah iaitu kondom kepada pengantin lelaki di atas pelamin ketika majlis.

Video itu mencetus kritikan dalam kalangan warga maya yang terkejut dengan tindakan rakan pengantin yang disifatkan tidak sensitif apabila memberikan hadiah berkenaan secara terbuka.


Sumber | BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo