NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa istimewanya Hua Zong? Kalau NGO Melayu punyalah banyak halangan


BANGI, 8 Zulkaedah 1443H, Rabu
– “Entah apalah istimewanya Hua Zong kepada Perdana Menteri. Apabila gabungan NGO Melayu nak jumpa, punyalah banyak alasan dan halangan.”

Demikian keluhan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Malaysia (PEMBELA) mengulas layanan dwistandard yang sering berlaku. 

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menerima kunjungan hormat pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), atas sebab mereka berkongsi pandangan mengenai ekonomi dan isu-isu semasa.

Antara pemimpin Hua Zong yang hadir ialah Presiden, Tan Sri Goh Tian Chuan; Timbalan Presiden, Datuk Ong Seng Khek; Naib Presiden, Datuk Lam Kuang Yau; Setiausaha Agung, Datuk Dr Wong Aik Loung dan Bendahari, Tan Sri Tan Kean Soon.

Mengkritik perkara itu, Haji Aminuddin Yahaya berkata, ia bukan perkara baharu tetapi sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama lagi, tidak kira di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). 

Katanya, sudah semacam tradisi pula Perdana Menteri santuni mereka secara rapat, mesra, tertutup dan khas di pejabatnya.  

“Rasa dihinakan betul sebagai NGO Melayu, walaupun kita sudah banyak kita berbakti dan berjuang membela agama, bangsa dan tanah air. 

“Agaknya mereka fikir sokongan orang-orang Melayu tidak penting lagi untuk kekal berkuasa. Atau mungkin mereka sangka selama-lamanya orang Melayu akan sokong mereka.

“Apakah kini mereka rasa sokongan orang Cina dengan ‘bantuan-bantuan’ yang mereka berikan sudah memadai? Sudah lupakah PRU-14 dahulu? Betapa banyaknya peruntukan ‘ditabur’ begitu sahaja sebelum pilihan raya tapi akhirnya sia-sia belaka sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, sudah tiba masanya orang Melayu memikirkan figura pemimpin atau mungkin sampai tahap sebuah parti alternatif, selain mengubah sistem jika mahu Islam dan Melayu terus didaulatkan di Malaysia ini.

“Sampai bila orang Melayu ingin dihina oleh pemimpinnya sendiri? Saya tak rasa dalam 5-10 tahun lagi. Mungkin 20-30 tahun lagi, tetapi perlu perubahan paradigma mula dari sekarang. Insya-Allah. Amin,” katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo