NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aimay dicari polis bantu siasatan bunuh wanita hamil


PASIR MAS :
Polis mencari seorang lelaki, Zulhakimy Aiman Suhaidruddin, 21, atau Aimay bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita dengan kesan tembakan di dalam sebuah kereta di Kampung Teresek, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, berpandukan kepada maklumat semasa, lelaki yang beralamat di Kampung Pak Jak di sini masih berada di Kelantan.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta tampil membuat laporan di balai polis terdekat.

“Selain itu orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Nor Mazura Yaacob di talian 013-940 5819 bagi membantu siasatan.

“Lelaki ini sangat diperlukan untuk membantu polis dalam membuat siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang wanita yang hamil tujuh bulan dibunuh dengan kejam apabila perutnya ditembak sebelum mayatnya ditinggalkan di dalam kereta di tepi jalan di Kampung Teresek, Repek di sini Sabtu lalu.

Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26,
ditemukan dalam dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol jenis semi auto .380 berdasarkan penemuan kelongsong peluru di dalam kereta tersebut. – UTUSAN







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo