NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO Terengganu buat tindakan bodoh menjahankan UMNO Selangor


Umno Terengganu sudah memuktamadkan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan akan meletakkan calon bertanding di semua 32 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen.

Ketua Umno Besut, Nawi Mohamad, berkata semua ahli jawatankuasa parti termasuk sayap di lapan bahagian, sependapat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Ahmad Said, untuk tidak bergabung dengan mana-mana parti menghadapi PRU15.

Katanya, mesyuarat jawatankuasa parti peringkat negeri juga memutuskan tidak bergabung dengan PAS, Bersatu, Amanah atau parti lain.

“Umno serta BN sudah mengenal pasti calon berwibawa dan mampu diterima rakyat untuk dicalonkan bertanding di 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

“Kita sudah memutuskan untuk meletakkan calon di semua kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tindakan ini adalah tindakan bodoh, kata UMNO Selangor kerana boleh mempengaruhi keputusan politik PAS di Selangor,

Sebelum ini UMNO Selangor mahu hubungan dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dikekalkan di negeri ini bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kedua-dua parti itu yang ketika ini selaku pembangkang di Selangor perlu bersatu bagi merampas semula negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, situasi politik di setiap negeri berbeza, begitu juga di Selangor yang amat memerlukan kerjasama politik bersama Pas.

"Kalau berlaku pertembungan tiga penjuru amat berbahaya kerana ia hanya memenangkan PH, sebaliknya kita berharap dapat meneruskan kerjasama di antara MN dan bukan (kerjasama dengan) PN (Perikatan Nasional)," katanya.

Tindakan ini rasa bukan menjahanamkan UMNO Selangor... UMNO Terengganu sekali akan lingkup dalam PRU-15 nanti. Dua-dua jahanam.

Editor






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo