NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gara-gara dibenci Tun Mahathir, Rafizi bersara dari politik


Calon timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli atau lebih dikenali sebagai Lapuiji Raja Formula berkata beliau mengambil langkah bersara dari politik sebelum ini kerana perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir menunjukkan rasa tidak suka kepadanya.

Oleh itu, katanya beliau tidak mahu ia akan memberi kesan terhadap peralihan kuasa di antara Mahathir dan Anwar Ibrahim.

“Saya bukannya bodoh. Saya dapat lihat tanda-tanda dari kepimpinan pada masa itu. Saya ambil cuti dari tugas-tugas parti. Saya tidak mahu menjadi batu panghalang di antara kerajaan dan Tun M” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today.

Untuk rekod, sebelum Mahathir menyertai pembangkang sebelum PRU14, Rafizi kerap menjadikan bekas perdana menteri itu sebagai bahan kritikan kempen politik.

“Mahathir ni kena ingat, rekodnya lidah bercabang. Kalau dia kata dia melayu, maksudnya dia india, mamak!” kata Rafizi pada ceramah politik pada 2017.

“Kerajaan Pulau Pinang menerima kertas kerja saya, dan Saifuddin mendapat pekerjaan.

“Saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung pada 2016 untuk memberi peluang Saifuddin menjawat jawatan itu, kerana saya fikir pada masa itu, jawatan naib presiden saya sudah cukup”.

Rafizi juga menambah beliau tidak terkilan dengan kenyataan yang dibuat Saifuddin, yang dianggapnya sebagai ‘kawan baik’ tetapi hanya menjawab soalan dari ahli di Permatang Pauh.

Rafizi berkata demikian di hadapan lebih kurang 200 ahli PKR di Bayan Baru hari ini untuk kempen jawatan timbalan presiden PKR.

Pada 18 April, Saifuddin dalam kempennya berkata Rafizi dan Nurul Izzah menulis surat kepadanya memaklumkan untuk bercuti.

“Saya sendiri rasa tersangat perit. Mana tidaknya. Timbalan presiden (Azmin), Naib Presiden Zuraidah dan Xavier tinggalkan parti. Dah tiga orang dah tak ada.

“Memang Rafizi waktu menulis kepada saya surat hitam putih bercuti. Izzah juga pilih bercuti. Saudara bayangkan, saudara letakkan kedudukan saudara pada presiden Anwar Ibrahim. Timbalan tidak ada, 4 naib tak ada. 5 pemimpin utama tak ada!” katanya.

Pemilihan parti akan diadakan pada 13 Mei sehingga 18 Mei. – TTKM




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo