NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Singapura tidak benarkan Ustaz Abdul Somad masuk


SINGAPURA: Republik ini tidak membenarkan penceramah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad daripada daripada memasuki negara.

Susulan sekatan itu, Abdul Somad dihantar semula ke Batam, Indonesia.

Channel News Asia (CNA) melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Singapura juga mengesahkan enam individu yang tiba bersama Abdul Somad melalui terminal feri Tanah Merah dihantar pulang ke negara asal.

Kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai 'pelampau dan pendukung dasar pemisahan'.

Katanya, ia sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai negara didiami berbilang kaum dan agama.

"Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dikira sebagai 'syahid'.

"Dia juga mengeluarkan kenyataan memburukkan penganut agama lain, seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat tinggal jin kafir," lapor kementerian berkenaan.

Selain itu, Abdul Somad dilaporkan secara terbuka merujuk orang bukan Islam sebagai kafir.

Abdul Somad semalam mempertikaikan pengusirannya dari negara itu, menuntut penjelasan dan menyifatkan negara itu sebagai sombong.

Beliau percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.

Dakwa Abdul Somad, beliau menjadi mangsa percaturan politik menjelang pilihan raya presiden Indonesia.

Beliau a turut mendakwa Indonesia memberi maklumat tidak tepat bagi menghalangnya memasuki Timor Leste dan berkempen bagi mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden kepada warga Indonesia di sana. - AGENSI




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo