NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit dijangka stabil, ekonomi negara terus kukuh - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul juga menjelaskan nilai mata wang ringgit dijangka kekal stabil dan terus mengukuh kerana diuruskan secara aktif oleh BNM. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan yakin bahawa prospek pertumbuhan ekonomi negara terus teguh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 dijangka berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, perkembangan ini akan menyumbangkan kepada kestabilan nilai ringgit.
Jelas beliau, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus memantau kedua-dua risiko kewangan dan bukan kewangan terhadap ekonomi negara dan akan memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan seluruh Keluarga Malaysia terus terpelihara.
Tengku Zafrul juga menjelaskan nilai ringgit dijangka stabil dan terus mengukuh kerana diuruskan secara aktif oleh BNM bagi memastikan penurunan dan kenaikan berada dalam kadar yang teratur dan tidak keterlaluan.
Katanya, ini bagi membolehkan sektor ekonomi membuat pelan pelaburan dan perbelanjaan berdasarkan nilai ringgit yang lebih stabil.
"Ringgit diuruskan secara aktif oleh BNM untuk memastikan turun naik ringgit adalah terkawal dan tidak keterlaluan supaya sektor ekonomi dapat membuat perancangan pelaburan dan perbelanjaan dengan berdasarkan nilai ringgit yang lebih stabil.
"Sebenarnya, yang lebih penting ialah asas-asas kukuh (strong fundamentals) di dalam ekonomi kita, seperti prospek pertumbuhan ekonomi negara yang kekal teguh.
"Pengembangan (KDNK) sebanyak 3.6% pada suku keempat 2021, dan 5.0% pada suku pertama 2022 akan terus mendorong pengukuhan nilai mata wang Ringgit.
"Ini turut dicerminkan oleh analisa terkini IMF yang mengunjurkan perkembangan KDNK Malaysia sebanyak 5.75% bagi tahun 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, jangkaan baki akaun semasa yang kekal dengan lebihan bermakna permintaan terhadap ringgit terus kukuh.
Selain itu, Tengku Zafrul menjelaskan komuniti penganalisis kekal yakin terhadap prospek pemulihan nilai ringgit yang akan kembali kukuh dalam masa terdekat.
Beliau juga menjelaskan asas ekonomi yang kukuh dan pengurusan ringgit yang berhemat dijangka menyumbang kepada pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) walaupun terdapat beberapa faktor sementara yang menyumbang kepada kejatuhan nilai semasa ringgit.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo