NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis Israel serbu perarakan bawa keranda Abu Akleh

Pasukan keselamatan Israel menyerbu perarakan membawa keranda Abu Akleh di Baitulmaqdis, semalam. - FOTO REUTERS

BAITULMAQDIS: Polis Israel menyerbu perarakan yang disertai ribuan orang untuk pengebumian wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, semalam.

Rakaman televisyen menunjukkan sebilangan peserta bergelut memastikan keranda Abu Akleh yang sedang diusung, tidak terjatuh ketika polis Israel bersenjatakan belantan, meluru ke arah mereka dan merampas bendera Palestin dibawa orang ramai yang berkabung.


Washington dilapor berkata, mereka 'amat bimbang' dengan kejadian itu, manakala Kesatuan Eropah (EU) menyatakan mereka 'terkejut' dengan 'kekerasan tidak perlu' itu.

Menurut Bulan Sabit Merah Baitulmaqdis, seramai 33 orang cedera ketika perarakan itu, termasuk enam dimasukkan ke hospital.

Polis Israel memaklumkan bahawa pihaknya melakukan enam tangkapan, manakala pegawai kerajaan mendakwa peserta perarakan 'membaling batu dan botol kaca.'




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo