NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pintu sempadan Padang Besar dibuka esok

Pintu sempadan Padang Besar akan dibuka esok.

KANGAR: Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka esok bermula jam 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Taib, berkata pengembara dari Thailand yang memasuki negara melalui pintu sempadan itu juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Semua pengembara sudah boleh masuk dan keluar melalui pintu sempadan Padang Besar bermula esok mengikut SOP yang sudah ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, antara syarat yang ditetapkan oleh KKM, pengembara perlu lengkap status vaksinasi dan menyediakan dokumen perjalanan yang lengkap.

Bulan lalu, pintu sempadan Wang Kelian di Perlis dibuka kepada kedua-dua rakyat Malaysia dan Thailand sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April. - BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo