NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib enggan ulas isu kahwin baru, masuk kereta terus beredar


Datuk Seri Najib Razak tidak mahu melayan soalan wartawan berhubung gambar tularnya di media sosial sejak dua hari lalu yang mencetuskan spekulasi pemimpin UMNO itu berkahwin sekali lagi.

Tindakan bekas Perdana Menteri itu diluar kebiasaan kerana sebelum ini mudah dan cepat memberi sebarang ulasan balas jika ditanya wartawan, bagaimanapun kali ini masih mengunci mulut berhubung isu gambar tular tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, Najib terus memasuki kereta dan dipandu pulang ke rumah semasa disoal wartawan di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Semalam, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan ‘selamat pengantin baru’ kepada Najib dalam komen di Facebook.

Ini selepas Najib, memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr. Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal.

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita, yang mencetuskan spekulasi pemimpin UMNO itu mempunyai keluarga baru.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Datuk Mohd. Nizar, Datuk Mohd. Nazifuddin dan Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka memperoleh dua cahaya mata iaitu Mohd. Norashman dan Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo