NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin COVID-19

Bakal jemaah haji berdoa pada Majlis Penutup Kursus Perdana Haji 1443H/2022 Peringkat Selangor, hari ini. - FOTO BERNAMA

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kekal dengan pendirian ditetapkan berhubung isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) kerana menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya mengambil tindakan itu selepas kumpulan terbabit banyak kali dinasihatkan supaya mendapatkan dos vaksin berkenaan.

Beliau berkata, langkah berkenaan juga mengikut undang-undang sedia ada, demi kebaikan semua pihak khususnya kerana tugas seorang guru perlu berinteraksi dengan murid.

"Kami mengikut peraturan dan prosedur undang-undang. Kami memberi ingatan dan nasihat, jika tidak ikut juga, kami tidak mempunyai pilihan lain (selain daripada menamatkan kontrak).

"Perkara ini (nasihat untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19) masih tidak diikuti, justeru Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu bertindak tegas supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kursus Perdana Haji 1443H/2022 Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Khamis lalu, sebuah portal berita dalam talian mendakwa sepasang suami isteri guru KAFA yang ditamatkan kontrak perkhidmatan oleh JAIS, bulan ini, kerana menolak pengambilan vaksin COVID-19, terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara tiga anak mereka.

Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri akan mendapatkan maklumat daripada Bahagian Pendidikan JAIS berhubung guru KAFA yang ditamatkan kontrak pada awal bulan ini kerana menolak pengambilan vaksin COVID-19. – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo