NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 100 pelombong emas terbunuh di Chad


N'DJAMENA: Lebih 100 pelombong emas terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam keganasan yang tercetus pada minggu lalu di lombong emas Kouri Bougoudi di utara Chad, kata seorang pegawai semalam.

Imej tersebar di media sosial memaparkan jasad bergelimpangan atau hangus di lombong emas yang terletak di wilayah Tibesti bersempadan dengan Libya, lapor Xinhua.

"Keganasan tercetus akibat pertengkaran antara dua individu... kemudian ia bertukar menjadi pertempuran yang dahsyat.

"Anggota tentera dikerah ke lokasi berkenaan bagi menyuraikan pertelingkahan itu.

"Operasi di tapak perlombongan emas digantung dan semua warga asing dipindahkan ke Libya, manakala rakyat tempatan ditempatkan di Wour oleh pasukan tentera," kata Daoud Yaya Brahim, seorang menteri Majlis Presiden.

Sejak 2017, lombong emas Tibesti yang terletak di kawasan pergunungan, menarik perhatian puluhan ribu rakyat Chad dan pelombong emas dari Libya, Nigeria serta negara jiran lain. - BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo