NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kerjasama UMNO-PAS perlu diselamatkan'


KUALA LUMPUR: Kerjasama UMNO dan PAS perlu direalisasikan sekiranya ingin meneruskan agenda penyatuan ummah yang dilihat mampu memberi impak positif kepada kestabilan politik di negara ini.

Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata PAS perlu membuat pendirian yang tepat bagi mencapai tujuan berkenaan kerana kerjasama dengan UMNO iaitu parti yang mempunyai ramai ahli Melayu dan Islam adalah sangat kukuh.

"Sekiranya PAS masih tetap ingin bersama BERSATU, saya khuatir tujuan itu sukar dicapai kerana BERSATU hanyalah sebuah parti kecil dengan masa depan tidak menentu.

"Lihat saja pada pilihan raya lalu, kerjasama PAS dengan BERSATU tidak memberi keuntungan kerana tidak banyak kerusi dimenangi dan BERSATU terlalu mengharapkan jentera PAS," katanya.

Mohd Izani berkata, pada awalnya kerjasama antara UMNO dan PAS amat dialu-alukan oleh penyokong kedua-dua parti, tetapi apabila PAS membuat keputusan bekerjasama dengan BERSATU, ia menimbulkan masalah.

"Sebelum ini PAS mengakui kerjasama dengan UMNO amat bertepatan demi kepentingan politik Melayu dan agenda penyatuan ummah.

"Tapi berlaku sebaliknya dan tidak mungkin UMNO akan bekerjasama dengan BERSATU," katanya.

Jelasnya, kerjasama UMNO dan PAS ini penting kerana ia begitu signifikan dengan Melayu dan Islam yang mana diketahui politik Melayu adalah teras kepada politik di negara ini.

"Kalau politik Melayu kucar kacir, maka ia akan memberi kesan kepada politik negara ini sebagaimana yang boleh dilihat pada Pakatan Harapan (PH) yang mana politik Melayunya tidak kuat.

"Jadi memang penting untuk gabungan kedua-dua parti itu demi mengukuhkan politik Melayu dan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya jika kerjasama tidak mungkin berlaku lagi, UMNO dan PAS perlu memuktamadkan dalam mesyuarat atau perhimpunan bagi menjelaskan perkara itu.

Beliau berkata jika dilihat senario politik semasa, kerjasama itu dilihat sukar berikutan banyak faktor yang menjadi penghalang.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo