NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelas menjadi pempengaruh media sosial kini ditawarkan di universiti berprestij dunia


Duke University ialah universiti di tangga 23 terbaik di dunia mengikut senarai Times. Sebagai antara universiti terbaik, ramai pasti menyangka hanya kelas ilmiah akan ditawarkan kepada pelajar. Tetapi Duke menyedari kemahiran di media sosial kini penting untuk menjana pendapatan tetapi juga untuk menyampaikan mesej penting kepada orang ramai.

Kelas Building Global Audiences mula ditawarkan tahun ini kepada pelajar yang berminat. Antara yang akan diajar ialah cara menghasilkan video pada platform media sosial seperti TikTok dan YouTube. Melihat trend terkini di media sosial untuk menghasilkan video serta mendapatkan tajaan dari jenama terkemuka.

Menganalisa analitik video turut diajar bersama dengan teknik penggambaran yang baik. Selain membolehkan pelajar membina jenama peribadi sebelum memasuki alam kerja, ia juga boleh digunakan oleh pelajar untuk mengajak penonton untuk mendalami STEM. Dengan kerjaya menjadi pempengaruh antara yang paling menguntungkan sekarang, mungkin ia boleh ditawarkan juga kepada pelajar Malaysia sebagai subjek elektif.

Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo