NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kamarul dipilih sebab pengalaman, kepakaran, kata PM


PETALING JAYA:
Pelantikan pensyarah, Kamarul Zaman Yusoff, sebagai pegawai khas berdasarkan pengalaman dan kepakarannya, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tidak timbul isu perbezaan pegangan politik dan lain-lain kerana pemilihan Kamarul adalah kerana kelayakan dimiliki.

“Saya percaya dia boleh melaksanakan (tugasan) itu, tidak timbul isu dia parti lain kerana saya memilih orang yang saya fikir layak.

“Kalau parti lain memikirkan sebaliknya, tidak bermakna saya ikut kata mereka kerana kita telah buat penilaian dan dia layak,” katanya menurut laporan Utusan.

Semalam, sumber enggan dikenali memberitahu FMT, Kamarul dilantik sebagai pegawai khas kepada Ismail, sejak enam bulan lalu dan secara khusus menasihatinya dalam isu dasar.

Ini berlaku selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) memuat naik satu poster, semalam, mengenai program akan dihadiri oleh Kamarul, di mana jawatan pensyarah itu ditulis sebagai “pegawai khas kepada perdana menteri”.

Tahun lalu, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Universiti Utara Malaysia (UUM) melancarkan siasatan ke atas Kamarul kerana didakwa mencetuskan ketegangan agama dalam komen yang dibuat berhubung Ahli Parlimen DAP Steven Sim.

Ia berkaitan bantuan dihulurkan Sim kepada seorang pemuda Melayu yang susah telah “dijadikan isu” oleh ahli akademik itu.

Pensyarah itu menerima pelbagai saman fitnah, termasuk difailkan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, pada Mac, berhubung catatan Facebook yang dibuatnya, pada 2017.

Saman fitnah yang dibawa oleh Kamarul terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut ditolak oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bulan lalu.

Mahkamah sama turut membatalkan satu lagi saman fitnah Kamarul terhadap tujuh pemimpin DAP bulan lalu kerana arahan hakim bicara tidak dipatuhi.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo