NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji semula fatwa larangan melawat Al-Aqsa

Sesetengah ulama melarang lawatan ke kawasan Al Aqsa kerana di bawah pentadbiran Israel.

SEPANG: Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 mengesyorkan fatwa mengharamkan umat Islam melawat Masjid Al-Aqsa kerana Baitulmaqdis berada bawah jajahan Israel, dikaji semula.

Pengerusi Jawatankuasa sidang, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata ini bagi membantu umat Islam di kawasan berkenaan dapat menggerakkan ekonomi setempat.

Beliau berkata, kediaman dan pusat ekonomi rakyat Palestin di kawasan berkenaan dimusnahkan sehingga menjejaskan kehidupan mereka.


"Kita juga mengajak untuk menyemak kembali fatwa yang tidak menggalakkan umat Islam datang ke bumi Al-Aqsa atas alasan ia satu pengiktirafan diplomatik terhadap penjajahan Zionis.

"Dengan perkembangan semasa ketika umat Islam di Al-Aqsa memerlukan sokongan dunia, kita mengajak untuk dikaji semula fatwa itu berdasarkan kepada kepada perubahan dan keadaan semasa," katanya pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022, di sini, malam ini.

Syor itu antara 24 resolusi yang dicapai pada sidang kemuncak selama tiga hari yang berakhir hari ini.


Mohd Khairuddin berkata, kajian terhadap fatwa yang dikeluarkan selepas Baitulmaqdis jatuh bawah penjajahan Zionis itu, akan dibuat oleh ahli alim ulama berdasarkan kaedah fekah yang masyhur.

Beliau berkata, ia supaya keputusan terkini berkaitan hukum atau peraturan mengenai menziarahi bumi Al-Aqsa dapat dicapai.


Katanya, rakyat Palestin yang berada di wilayah berkenaan berdepan tekanan ekonomi sangat besar dan memerlukan sokongan umat Islam.

Beliau berkata, jika umat Islam boleh ke tanah suci itu, ia akan dapat membantu mengembangkan ekonomi mereka.

Selain melihat kepada fatwa berkenaan, Mohd Khairuddin berkata, sidang kemuncak itu juga mengesyorkan supaya satu ensiklopedia berkaitan Palestin diwujudkan bagi menangkis usaha segelintir pihak menyebarkan maklumat salah berhubung Palestin dan perjuangan rakyatnya.


Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo