NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Didapati ada cubaan menipu, BOE mungkin tidak dipilih Apple untuk keluarkan panel Iphone 14


Apple sedia mempunyai sejumlah syarikat kerjasama untuk pengeluaran komponen yang digunakan pada produk-produk mereka, termasuk untuk panel.

Terbaru, ia diperkatakan BOE mungkin kehilangan tempahan daripada Apple untuk pengeluaran panel iPhone 14.

Ia dikatakan BOE telah didapati mengubah lebar litar pintas pada panel OLED iPhone 13, tanpa mendapatkan pengesahan pihak Apple. Langkah ini dilakukan dalam membolehkan mereka meningkatkan pengeluaran.

Disebabkan oleh ini BOE kini dilihat berisiko mungkin kehilangan tempahan panel untuk iPhone 14 pada tahun ini. Dengan langkah ini juga, Apple mungkin tawar kontrak mereka kepada LG dan Samsung untuk pengeluaran tambahan.


Sumber | Amanz






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo