NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu air Kelantan: Pengundi bijak akan mengekalkan PAS


DALAM berbicara soal memilih kerajaan, biasanya akan ada dua golongan pengundi iaitu; Pertama, pengundi yang memilih dengan fakta; dan Kedua, pengundi yang memilih berdasarkan auta.

Mutakhir ini, isu air dilihat suara Umno Kelantan dan PAN Kelantan begitu senada di mana cuba menjerat minda warga rakyat Kelantan yang juga para pengundi dengan menawarkan solusi: “Tukar Kerajaan PAS. Pilih kami. Isu air akan selesai”.

Pengundi yang bijak saya pasti akan bertanya, “Apa solusi baharu yang kamu boleh tawarkan?”

Jawapannya, tiada. Setakat ini Umno Kelantan dan PAN Kelantan tidak mengemukakan sebarang penyelesaian

Solusi yang Kerajaan Kelantan sedang usahakan pada ketika ini; jika dilaksanakan oleh Umno Kelantan dan PAN Kelantan, solusi sama seperti itulah juga akan mereka gunakan.

Pengundi yang bijak saya cukup percaya akan bertanya, “Jika solusi sama yang akan digunakan, apa keperluan menukar kerajaan?”

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah dalam isu ini ada menyebut secara jelas betapa parti mana sekalipun yang mentadbir Kelantan, mereka tetap memerlukan masa untuk menyelesaikan perkara ini.

Pengundi yang bijak tentunya akan bertanya, “Bukankah alternatif pilihan kepada PAS hanya Umno dan PAN?” Tetapi, pengundi yang bijak akan mengadili keadaan ini:

▪︎Umno – merekalah yang menzalimi Kelantan puluhan tahun lamanya sehingga rakyat Kelantan hari ini terpaksa melalui banyak penderitaan. Kini mereka bermain wayang cuba menjadi juara untuk menyelamatkan ‘rakyat yang dizalimi’. Hipokrit apakah ini?

▪︎PAN – merekalah parti yang dahulunya pernah bersama kerajaan PAS Kelantan, dan mengakui secara terbuka isu air di Kelantan hanya berlaku kerana Kelantan dizalimi. Hari ini ke mana pengakuan itu, sebaliknya melaungkan Kerajaan Kelantan kini yang menzalimi. Dayus atau lidah bercabangkah?

Pengundi yang bijak akan terus bertanya, “Apakah aku sebagai pengundi ingin menggantikan kerajaan yang dizalimi, dengan ‘si zalim’ dan ‘si dayus’?”

Yang terbaru, jenaka dari juak-juak Umno Kelantan memberikan bayangan bahawa jika Umno kembali mentadbir pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan, mungkin air akan dinikmati secara percuma.

Barangkali, rakyat di Pahang, Melaka, dan Johor, sekadar memberi derma ikhlas bulanan kepada kerajaan Umno di negeri-negeri itu?

Kerana waras akal kita, jika di negeri PAS mereka ingin beri percuma, mana mungkin di negeri yang mereka memerintah, bayaran dipinta.

Mungkinkah juga, Umno ini layak diibaratkan, umpama seorang yang tidak solat, tetapi ghairah menegur imam tak cukup harakat.

Oh, bicara soal ‘imam’, terdetik hati ingin bertanya. ‘Imam Umno’ apa khabarnya? Kerana angin membawa berita, dahulunya megah di Putrajaya, hari ini terbayang hanya penjara. Jangan bicara air percuma, menagih undi rakyat jelata, sudah masyhur suka berdusta.

Parti sebegini tuan-tuan, bukan disokong, tapi dipekong.

Kesimpulannya, pengundi yang bijak akan terus mengekalkan PAS di Kelantan.

MUHAMMAD NABIL ZULKIFLI 
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY21/5/2022





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo